ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Jenayah



Seksyen 38. Apil dibenarkan dalam perkara-perkara tertentu.

Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh, atas permohonan seseorang yang berhajat membuat apil tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab dia tidak mematuhi mana-mana kehendak Enakmen ini, membenarkan apil dibuat atas apa-apa syarat dan dengan membuat apa-apa arahan kepada Mahkamah yang keputusannya diapil dan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang difikirkan perIu oleh Mahkamah Tinggi Syar'iah supaya keadilan dapat dicapai dalam perkara yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.