ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Pendapat orang lain bila qarinah.



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu dokumen, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu fakta yang ada hubungan.

Huraian - Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang lain apabila ia telah melihat orang itu menulis, atau apabila ia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya, dialamatkan kepada orang itu, atau apabila dalam perjalanan urusan biasanya dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu daripada A kepada isterinya adalah dengan tulisan tangan A. Keterangan diberi oleh B, setiausaha A, yang selalu membaca tulisan A. Keterangan oleh B itu adalah qarinah sungguhpun B tidak melihat A menulis surat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.