ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 220. Menarik balik dan berselesai.


(1) Pihak menuntut boleh menarik balik mana-mana pembicaraan pada bila-bila masa sebelum hukuman dibuat, tetapi bolehlah dikenakan membayar kos ke atasnya, dan tidaklah boleh menjalankan pembicaraan yang lain selepas itu dengan berdasarkan alasan tindakan yang sama dengan tidak mendapat izin dari Mahkamah.

(2) Pihak-pihak dalam mana-mana pembicaraan boleh bertolak ansur dan berselesai pada bila-bila masa jua pun. Mahkamah hendaklah, jika dipohon oleh mana-mana pihak, mencatatkan syarat-syarat penyelesaian itu:

Dengan syarat menarik balik atau penyelesaian tidak boleh dibuat oleh wakil harta pesaka si mati sendiri atau oleh seorang wakil yang dilantik di bawah seksyen-kecil (2) pada seksyen 217 dengan tidak keizinan Mahkamah, dan Mahkamah hendaklah mengambil pandangan kepada kepentingan orang-orang yang berhak menerima faedah atau orang-orang yang diwakilkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.