ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 4. Pembuktian wasiat.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada apa-apa tuntutan tentang keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah melainkan ianya disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat.

(2) Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan keterangan dokumentar yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu bolehlah dibuktikan melalui keterangan oleh dua orang saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.