ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu atas bersumpah mengikut Borang 6 Jadual Kedua, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai sesuatu kesalahan jika saman dipohon dalam suatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa Agama.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.