ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN FATWA

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992;

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia;

"Majlis" errtinya Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004;

"Majlis Fatwa Negeri" ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran hal ehwal agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Kerajaan bagi Negeri Sabah di bawah seksyen 4(1) dan termasuk Timbalan Mufti Kerajaan yang dilantik di bawah seksyen 4(2);

"Negeri" ertinya Negeri Sabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.