ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 22. Aturan urusan mesyuarat.

(1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan anggota-anggota Majlis untuk berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti berucap dalam mesyuarat.

(3) Jika di atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.