ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 20. Ketua Pendakwa Syar'i.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah, atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan, melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pendakwa Syar'i.

(2) Ketua Pendakwa Syar'i hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding bagi satu kesalahan di hadapan sesuatu Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syar'i boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Syariah atau Perkhidmatan Hal Ehwal Agama menjadi Timbalan Pendakwa Syar'i yang hendaklah di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syar'i dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syar'i di bawah mana-mana undang-undang bertulis Islam kecuali mana-mana hak dan kuasa yang dinyatakan untuk dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syar'i atau Timbalan Pendakwa Syar'i sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.