ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 98. Pertuduhan mengikut Borang 8 dalam Jadual 1.

(1) Semua pertuduhan ke atas orang-orang yang dibicarakan di hadapan Mahkamah hendaklah dibuat atas nama Ketua Pendakwa Syarie, dan seberapa hampir yang boleh seperti Borang 8 dalam Jadual 1 dan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pendakwa Syarie atau oleh orang lain yang diberi kuasa olehnya bagi pihaknya, dan dalam kes yang terkemudiannya "Dengan kuasa Ketua Pendakwa Syarie ditambah kepada tandatangan itu.

(2) Prosiding itu hendaklah tidak terhenti atau tamat oleh sebab kematian atau pemecatan dari jawatan Ketua Pendakwa Syarie.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.