ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 31. Pernikahan oleh orang yang tidak berkuasa.

Seorang yang menikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai pernikahan manakala ia tidak diberikuasa di bawah Enakmen ini, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila dithabit dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.