ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 39. Menghina Agama Islam atau Fatwa.

Barang siapa, sama ada dengan secara lisan atau tulisan atau perbuatan atau dengan cara apa jua pun, membuat hina terhadap agama Islam atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Islam, 1963 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara, selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.