ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM



Seksyen 18. Percantuman pihak-pihak.

(1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika-

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa mana-mana cantuman boleh menyusahkan defendan atau melengahkan perbicaraan atau menyulitkan, Mahkamah boleh atas usulnya atau atas permohonan defendan, memerintahkan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang ia fikirkan patut.

(3) Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan untuk mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak atau terhadap satu defendan atau lebih mengikut tanggungan mereka masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.