ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 174. Rekod fakta yang mewujudkan kesalahan.

(1) Dalam tiap-tiap kes sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, bersama dengan pernyataan, jika ada, yang dibuat oleh pesalah itu dan juga dapatan serta hukuman itu.

(2) Jika kesalahan itu ialah kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 217, rekod itu mestilah menunjukkan jenis dan peringkat prosiding kehakiman yang sedang dijalankan oleh Mahkamah yang telah diganggu atau dihina itu, dan jenis gangguan atau penghinaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.