ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Pendapat orang lain bila qarinah.



Seksyen 36. Bila pendapat tentang wujudnya hak atau urf qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang wujudnya apa-apa urf atau hak am maka pendapat tentang wujudnya urf atau hak itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai wujudnya urf atau hak itu, sekiranya ia sebenarnya wujud, adalah qarinah.

Huraian - Perkataan "urf atau hak am" adalah termasuk urf atau hak bersama antara sebahagian besar golongan masyarakat tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.