ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
KESAHTARAFAN ANAK



Seksyen 110. Kelahiran lebih satu tahun selepas pembubaran perkahwinan.

Jika anak itu dilahirkan lebih daripada satu tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.