ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal
Seksyen 95. Hukuman terus kerana berdusta dalam mahkamah terbuka.
(1) Jika mana-mana orang yang memberi keterangan atas apa-apa perkara dalam mahkamah terbuka dalam mana-mana prosiding, sama ada mal atau jenayah, di hadapan Mahkamah Tinggi Syar'iah atau Mahkamah Rendah Syar'iah sama ada-
(a)
memberi, pada pendapat Mahkamah, keterangan palsu dalam erti seksyen 191 Kanun Keseksaan tentang sesuatu isu yang material; atau
(b)
dengan sengaja dan mengetahuinya membuat atau dibuktikan telah membuat sedemikian dua atau lebih pernyataan-pernyataan tentang fakta atau apa yang dikatakan fakta yang berlawanan mengenai sesuatu isu yang material, sama ada pada pemeriksaan yang sama atau pada dua atau lebih pemeriksaan, dan pernyataan-pernyataan yang berlawanan itu telah dibuat di hadapan Mahkamah di mana prosiding itu dijalankan atau di hadapan Mahkamah itu dan di hadapan mana-mana Mahkamah lain, dan sama ada kebenaran atau kepalsuan pernyataan-pernyataan itu dapat ditentukan atau tidak,
adalah sah bagi Mahkamah memanggil saksi itu untuk menunjukkan sebab, sama ada serta-merta atau pada suatu tarikh kemudian, mengapa dia tidak sepatutnya dihukum terus kerana memberi keterangan palsu dan, jika saksi itu gagal menunjukkan sebab sedemikian, dengan terus menghukum saksi itu sebagai kerana menghina mahkamah-
(i) jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Tinggi Syar'iah, denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan;
(ii) jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Rendah Syar'iah, denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau penjara tidak melebihi sebulan.
(2) Bilamana sesuatu kuasa yang diberi oleh seksyen ini digunakan, orang yang dihukum itu hendaklah ada hak membuat apil yang sama seolah-olah dia telah dihukum selepas perbicaraan yang dijalankan menurut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
(3) Mana-mana orang yang dihukum di bawah subseksyen (1)
hendaklah dengan serta-merta selepas hukuman itu dijatuhkan, diberitahu tentang haknya untuk membuat apil terhadap hukuman itu.
(4) Apabila notis apil diserahkan oleh mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini, Mahkamah yang telah memerintahkan hukuman itu hendaklah menggantung pelaksanaan hukuman itu dan hendaklah melepaskan orang yang dihukum itu atas syarat-syarat yang dijamin oleh bon peribadinya sahaja.
(5) Sebagai ganti bag
i menjalankan kuasa menghukum terus yang diberi oleh subseksyen
(1)
Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, melaporkan perkara itu kepada Pendakwa Raya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.