ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 112. Penukaran Hakim semasa perbicaraan.

Jika mana-mana Hakim, selepas mendengar dan mencatatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan di dalam suatu perbicaraan terhenti menjalankan bidangkuasa itu dan telah diganti oleh Hakim lain yang mempunyai dan menjalankan bidangkuasa itu, Hakim yang menggantikannya itu bolehlah menggunakan keterangan yang dicatatkan oleh Hakim yang dahulu atau sebahagian keterangan yang dicatatkan oleh Hakim yang dahulu itu, dan sebahagiannya dicatatkan olehnya sendiri, atau bolehlah dia memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:

Dengan syarat
----




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.