ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 2 - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 53. Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan.

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang tersebut dalam seksyen 52(1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu terlebih dahulu memberi kepada pihak yang memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya, suatu notis untuk mengemukakannya yang ditetapkan oleh undang-undang, dan jika tiada notis yang ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah menurut keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis itu bukannya dikehendaki bagi menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal lain yang mahkamah fikirkan kehendak mengenai notis itu patut diketepikan:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.