ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia amalan dan tatacara dalam semua perbicaraan hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini sebagaimana yang difikirkan bermanfaat oleh Baginda dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaaan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam perbicaraan hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh menerima pakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut dahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.