ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 54. Kecualian Jawatankuasa Ulang Bicara.

Sebelum Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah seksyen 40, Jawatankuasa Ulang Bicara yang ditubuhkan di bawah Enakmen 1965 hendaklah dikekalkan dengan mempunyai segala kuasa Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini dan orang-orang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini adalah Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah, masing-masingnya disifatkan sebagai Pengerusi dan ahli-ahli panel Mahkamah Rayuan Syariah sehingga perlantikan mereka ditamatkan atau Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan mengikut yang mana terdahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.