ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak
Seksyen 110. Kelahiran selepas pengakuan bahawa 'iddah telah tamat.
Jika seseorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat suatu pengakuan bahawa tempoh '
iddah
nya telah tamat, sama ada '
iddah
itu adalah oleh sebab kematian suaminya atau perceraian, dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu, melainkan jika anak itu telah dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syara' dari tarikh perkahwinan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.