ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 113. Hasutan meninggalkan amalan fardhu.

(1) Seseorang yang memujuk atau menghasut mana-mana orang supaya meninggalkan mana-mana amalan fardhu atau menghalang mana-mana orang dari melakukan mana-mana amalan fardhu tetapi perbuatan itu tidak terjumlah kepada riddah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang menghalang atau menghasut orang lain sama ada dengan secara lisan atau tulisan atau lain-lain cara daripada membayar zakat atau fitrah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.