ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 40. Alamat bagi penyampaian.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap plaintif atau pemohon dan tiap-tiap orang yang memfailkan sesuatu saman atau dokumen lain dalam mana-mana prosiding, selain seorang pegawai Mahkamah yang bertindak demikian, dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Terengganu.

(2) Jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang lain itu diwakili oleh seorang Peguam Syarie, alamat Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.