ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 101. Pemindahan kes

Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa kerana apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat Hakim itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada rekod prosiding itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.