ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 179. Bantahan.

Mana-mana orang yang menuntut mana-mana harta yang dirampas dalam perlaksanaan atau ditahan oleh bailif boleh memfailkan suatu bantahan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah menyerah bantahan itu kepada bailif dan pemiutang perlaksanaan. Sesuatu bantahan itu adalah tidak sah kecuali jika diserah kepada bailif sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh penjualan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.