ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 100. Kuasa melepaskan daripada tuduhan dengan bersyarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apapun yang terkandung dalam seksyen 99 Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Jika mana-mana orang dituduh di hadapan Mahkamah dengan satu kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa tuduhan itu adalah terbukti tetapi berpendapat bahawa dengan melihat kepada watak, latarbelakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal orang yang dituduh itu, atau kepada ringannya kesalahan itu, atau kepada hal-keadaan yang meringankan di dalam mana kesalahan itu dilakukan, adalah tidak suai-manfaat untuk dikenakan apa-apa hukuman atau hukuman selain dari hukuman ringan atau adalah suai-manfaat melepaskan pesalah itu dengan percubaan, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan sabitan kesalahan mengeluarkan perintah sama ada
---
(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada hukuman itu, memerintahkan pesalah itu membayar pampasan atas kecederaan atau kehilangan atau membayar kos prosiding itu sebagaimana Mahkamah fikirkan munasabah atau untuk membayar kedua-dua pampasan dan kos tersebut.

(4) Jika Mahkamah berpuashati dengan maklumat yang diberi dengan jalan sumpah bahawa pesalah itu gagal mematuhi sebarang syarat bonnya itu, ia boleh mengeluarkan waran untuk penangkapannya.

(5) Mana-mana pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut, jika tidak dibawa segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang mana boleh
---
(6) Pesalah itu, jika ditahan sedemikian, boleh dikomitkan ke penjara dan waran tahanan itu hendaklah mengarahkan bahawa dia hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah di mana dia terikat untuk hadir untuk dihukum atau untuk menjawab tentang kelakuannya selepas dia dilepaskan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.