ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXIV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 180. Bailif tidak boleh jual.

Apabila bantahan telah difailkan dan disampaikan kepadanya seperti tersebut, bailif tidak boleh menjual harta yang dipersoalkan tanpa izin Mahkamah, kecuali jika harta itu mudah rosak atau lusuh dan jika sekiranya penjualan dibuat juga bailif hendaklah menyerahkan hasil mana-mana penjualan itu ke dalam Mahkamah sementara menunggu perintah selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.