ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau urf maka fakta-fakta yang berikut adalah qarinah-
(a)
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau urf yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan wujudnya hak atau urf itu;
(b)
hal-hal tertentu dalam mana hak atau urf itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.