ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 dan terpakai hanya bagi Negeri Sembilan.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Yang di-Pertuan Besar boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahu dalam Warta bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau Bahagian-bahagian yang berlainan dalam Enakmen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.