ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 80. Persetubuhan haram.

(1) Seseorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram dengan seorang perempuan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana gabungan dari hukuman tersebut.

(2) Seseorang perempuan yang melakukan persetubuhan haram dengan seseorang lelaki adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana gabungan dari hukuman tesebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.