ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 115. Cara merekodkan keterangan.

(1) Keterangan yang direkod di bawah seksyen terdahulu daripada ini tidaklah boleh biasanya direkod dengan cara soal jawab, tetapi secara cerita.

(2) Kadi yang menjalankan pembicaraan itu bolehlah, atas budibicaranya, menuliskan apa-apa soal jawab yang tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.