ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 14. Mempengerusikan mesyuarat.
(1) Yang di-Pertua atau jika ketiadaannya, Timbalan Yang di-Pertua hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis.
(2) Jika kedua-duanya iaitu Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir dalam mesyuarat, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang dari mereka mempengerusikan mesyuarat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.