ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 156. Rayuan tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman.

(1) Kecuali di dalam kes yang tersebut di dalam seksyen 155, rayuan tidak boleh menggantungkan pelaksanaan hukuman, tetapi Mahkamah yang membicarakan kes itu atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau untuk pelaksanaan atau tidak melaksanakan apa-apa tindakan atau untuk menjalani apa-apa hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika hukuman penjara ke atas perayu dikekalkan, tempoh selama mana pelaksanaan hukuman digantungkan tidak boleh diambilkira dalam menghitung tempoh hukumannya melainkan Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.