Enakmen Original

NEGERI JOHOR

ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990


Tarikh Persetujuan DiRaja :5 November 1990
Tarikh disiarkan dalam Warta :22 November 1990
Tarikh mula berkuatkuasa :1 Disember 1993 [J.P.U. 13/93]
_____________
SUSUNAN SEKSYEN
_____________
Mukadimah.

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
Seksyen 2. Tafsiran.
Seksyen 3. Kecualian Kedaulatan (Prerogatif).
Seksyen 4. Pemakaian.
Seksyen 5. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu Orang Islam.
Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

BAB II - PERKAHWINAN

Seksyen 7. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.
Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan.
Seksyen 9. Pertalian yang melarang perkahwinan.
Seksyen 10. Orang-orang dari agama lain.
Seksyen 11. Perkahwinan tidak sah.
Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki.
Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan.
Seksyen 15. Pertunangan.
Seksyen 16. Kebenaran nikah.
Seksyen 17. Mengeluarkan kebenaran berkahwin.
Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i.
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah.
Seksyen 20. Tempat perkahwinan.
Seksyen 21. Mas kahwin dan pemberian.
Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.
Seksyen 23. Poligami.
Seksyen 24. Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-kedutaan, Malaysia di luar Negeri, dsb.

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 25. Pendaftaran.
Seksyen 26. Melaporkan perkahwinan yang tidak sah.
Seksyen 27. Perlantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pendaftar-Pendaftar serta Jurunikah Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk bagi Orang-orang Islam.
Seksyen 28. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.
Seksyen 29. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.
Seksyen 30. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Johor.
Seksyen 31. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.
Seksyen 32. Pendaftaran sukarela perkahwinan Orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.
Seksyen 33. Akibat (Efek) pendaftaran di sisi undang-undang.

BAHAGIAN IV - HUKUMAN (PENALTI) DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 34. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.
Seksyen 35. Pelanggaran terhadap seksyen 31.
Seksyen 36. Gangguan terhadap perkahwinan.
Seksyen 37. Akuan atau penyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.
Seksyen 38. Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.
Seksyen 39. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan.
Seksyen 40. Kebenaran untuk mendakwa.
Seksyen 41. Membetulkan kesilapan.
Seksyen 42. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan Indeks Perkahwinan.
Seksyen 43. Bukti.

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 44. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.
Seksyen 45. Pertukaran agama.
Seksyen 46. Perceraian dengan talaq atau perintah.
Seksyen 47. Cerai dengan darar dan syikak dan melantik Hakam sebagai timbangtara.
Seksyen 48. Perceraian khul' atau cerai tebus talaq.
Seksyen 49. Perceraian di bawah taklik atau janji.
Seksyen 50. Perceraian secara li'an.
Seksyen 51. Berbaik semula sebagai suami isteri atau rujuk.
Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.
Seksyen 53. Anggapan mati.
Seksyen 54. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.
Seksyen 55. Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan perintah muktamad telah dibuat.
Seksyen 56. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan.
Seksyen 57. Hak terhadap mas kahwin dsb., tidak akan tersentuh.
Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN

Seksyen 59. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan akibat nusyuz.
Seksyen 60. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.
Seksyen 61. Pentaksiran nafkah.
Seksyen 62. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.
Seksyen 63. Penyelesaian nafkah.
Seksyen 64. Lamanya tempoh perintah nafkah.
Seksyen 65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.
Seksyen 66. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.
Seksyen 67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.
Seksyen 68. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hakmiliknya.
Seksyen 69. Menuntut tunggakan nafkah.
Seksyen 70. Nafkah sementara.
Seksyen 71. Hak tempat tinggal.
Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak.
Seksyen 73. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.
Seksyen 74. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.
Seksyen 75. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.
Seksyen 76. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.
Seksyen 77. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak.
Seksyen 78. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.
Seksyen 79. Bila tempoh perintah nafkah anak tamat.
Seksyen 80. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tidak sahtaraf.
Seksyen 81. Nafkah isteri dan kehadiran di Mahkamah.

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN

HADANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK

Seksyen 82. Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak.
Seksyen 83. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.
Seksyen 84. Bagaimana hak penjagaan hilang.
Seksyen 85. Lamanya penjagaan.
Seksyen 86. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf.
Seksyen 87. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.
Seksyen 88. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.

PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA

Seksyen 89. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.
Seksyen 90. Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.
Seksyen 91. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.
Seksyen 92. Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.
Seksyen 93. Penjaga bersama dengan ibu.
Seksyen 94. Perubahan kuasa penjaga harta.
Seksyen 95. Pemecatan penjaga.
Seksyen 96. Cagaran hendaklah diberi.
Seksyen 97. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.
Seksyen 98. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal.
Seksyen 99. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.
Seksyen 100. Perintah khas mengenai harta kecil.
Seksyen 101. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.
Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah.
Seksyen 103. Penjaga bagi anak yatim.
Seksyen 104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan dsb.
Seksyen 105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

RELIF-RELIF LAIN

Seksyen 106. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksudkan untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah.
Seksyen 107. Tegahan terhadap gangguan.

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI

Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Johor.
Seksyen 109. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-kedutaan dsb., di Negeri Johor.

KESAHTARAFAN ANAK

Seksyen 110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.
Seksyen 111. Kelahiran lebih daripada empat tahun selepas pembubaran perkahwinan.
Seksyen 112. Kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat.
Seksyen 113. Persetubuhan syubhah.
Seksyen 114. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.
Seksyen 115. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan.
Seksyen 116. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam iddah.
Seksyen 117. Mengakui seseorang lain sebagai ibu atau bapa.
Seksyen 118. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu atau bapa.
Seksyen 119. Pengakuan tidak boleh dibatalkan.
Seksyen 120. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.
Seksyen 121. Rayuan.

BAHAGIAN IX - PENALTI

Seksyen 122. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.
Seksyen 123. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.
Seksyen 124. Tidak membuat laporan.
Seksyen 125. Meninggal langsung isteri.
Seksyen 126. Menganiaya isteri atau suami.
Seksyen 127. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya.
Seksyen 128. Isteri tidak taat.
Seksyen 129. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.
Seksyen 130. Bersekedudukan yang haram di antara orang-orang yang bercerai.
Seksyen 131. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah.
Seksyen 132. Perkahwinan yang melanggar peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Seksyen 133. Percubaan dan subahat.
Seksyen 134. Hukuman yang tiada ditentukan.

BAHAGIAN X - AM

Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.
Seksyen 136. Hukum Syarak hendaklah dipakai bila tiada peruntukan.
Seksyen 137. Pengecualian.
Seksyen 138. Pemansuhan peruntukan Enakmen No. 14/78.

JADUAL
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.