ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 91. Memberi maklumat palsu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

Mana-mana orang yang diketahui atau yang ada sebab mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan, memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan itu, yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.