ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 91. Prosedur.

(1) Apabila suatu perintah dibuat bagi pemindahan apa-apa prosiding daripada suatu Mahkamah ke suatu Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan hendaklah menghantar kepada Mahkamah yang prosiding itu dipindahkan semua rekod prosiding.

(2) Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang ia fikirkan adil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.