ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 28. Susunan Mesyuarat dan mengundi.


(1) Pengerusi hendaklah menentukan susunan acara mesyuarat bagi mana-mana mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh menentukan susunan berucap oleh ahli-ahli dan boleh bila-bila masa jua pun berkehendakkan seseorang itu berhenti berucap.

(3) Pengerusi berhak mengundi dan jika pada mana-mana ketetapan terdapat sama rata undinya maka Pengerusi akan mempunyai undi pemutus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.