ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 167. Rujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah atas rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Apabila suatu rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu perkara jenayah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak, memberi kebenaran untuk Mahkamah Rayuan Syariah sendiri memutuskan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah berbangkit semasa pendengaran rayuan dan yang penentuannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menjejaskan keputusan rayuan itu.

(2) Suatu permohonan untuk kebenaran di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam masa satu bulan daripada tarikh rayuan berkenaan diputuskan atau apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah; dan dalam permohonan yang dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, ianya hanya boleh dibuat oleh atau dengan izin bertulis pegawai itu sahaja.

(3) Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah membuat apa-apa perintah yang ia fikirkan patut bagi penangkapan, jagaan atau pelepasan di atas jaminan mana-mana pihak dalam rayuan ini dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menghantar rekod prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang hendaklah kemudiannya menetap dan memaklumkan kepada pihak-pihak dalam rayuan ini, masa dan tempat untuk pendengaran perkara ini.

(4) Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujuk untuk keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat sebagaimana yang ia berpendapat adil bagi penyelesaian rayuan.

(5) Bagi maksud seksyen ini tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan-peruntukan am yang lain-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.