ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 129. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya bila hukuman atau perintah diberi atau dibuat, salinan hukuman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan untuk menangkap atau menahannya tidak boleh diambil kecuali dia telah disampaikan dengan satu salinan penghakiman atau perintah yang dicatatkan dengan notis dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.