ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 132. Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai.


(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

(3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.