ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Fasal 118. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatan kuasa bernama Jawatan kuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada –
(a)
Mufti sebagai Pengerusi; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Setiausaha Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatan kuasa itu.
(3) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi –
(a)
tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi-fi yang boleh dikenakan;
(b)
tatacara Jawatankuasa tersebut; dan
(c)
elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota Jawatan kuasa itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.