ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan

(1) Tiap-tiap Pegawai Penguat Kuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan—

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:

Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguat Kuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.