ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 143. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila perayu telah memenuhi peruntukan seksyen 142, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Pendakwa Syarie dan kepada perayu atau Peguam Syarienya satu salinan rekod prosiding yang bertandatangan dan alasan-alasan keputusan bersama dengan satu salinan notis dan petisyen rayuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.