ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 101. Mahkamah memutuskan bila soalan-soalan boleh ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang menyentuh kebenaran saksi dengan mencemarkan wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak,dan Mahkamah boleh, sekiranya difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, memberitahu saksi itu bahawa dia tidaklah dipaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian atas perkara-perkara yang berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.