ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASJID DAN TEMPAT IBADAT



Seksyen 65. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.

(1) Imam dan Bilal hendaklah memegang jawatan selama yang dikehendaki oleh Majlis dan Majlis boleh menamatkan perkhidmatannya dengan memberi notis bertulis.

(2) Tiada Imam atau Bilal boleh menjawat jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh dalam keadaan tertentu melanjutkan tempoh perkhidmatan mana-mana Imam atau Bilal yang berumur lebih daripada enam puluh tahun atas syarat-syarat yang difikirkan perlu.

(3) Jawatankuasa Kariah hendaklah menentukan syarat-syarat dan tempoh jawatan bagi Siak yang dilantik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.