ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Dokumen Awam
Seksyen 61. Bukti bagi dokumen rasmi tertentu.
Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan:
(a)
tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dalam mana-mana Jabatannya
-
(i) dengan rekod bagi jabatan itu, yang diperakui oleh ketua bagi jabatan itu masing-masing; atau
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Kerajaan Negeri, jika ada, atau Setiausaha Kerajaan sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan itu;
(b)
perjalanan mesyuarat Parlimen, atau mana-mana badan perundangan Persekutuan dan badan perundangan mana-mana Negeri
-
(i) dengan minit mesyuarat badan itu; atau
(ii) dengan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang diterbitkan; atau
(iii) dengan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(c)
perjalanan mesyuarat sesuatu pihak berkuasa tempatan di dalam Malaysia
-
(i) dengan suatu salinan minit mesyuaratnya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang; atau
(ii) dengan jalan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan yang tersebut;
(d)
tindakan pemerintah atau perjalanan mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing
-
(i) dengan
warta
yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian itu; atau
(ii) dengan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi meterai negara itu atau meterai Rajanya; atau
(iii) dengan suatu pengiktirafan atasnya dalam sesuatu Ordinan, Akta atau Enakmen Awam Malaysia;
(e)
dokumen awam dari apa-apa jenis di dalam sesebuah negara asing
-
(i) dengan naskah asalnya; atau
(ii) dengan suatu salinannya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang mengandungi meterai seseorang pegawai bahagian konsul Malaysia yang menyatakan bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis dokumen itu dibuktikan undang-undang negara asing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.