ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 195. Prosedur apabila orang yang boleh memberi keterangan material sakit tenat.

(1) Apabila seseorang Hakim mendapati bahawa seseorang yang boleh memberi keterangan yang material sama ada bagi pihak pendakwa atau pihak pembela berhubung dengan sesuatu kesalahan sedang sakit tenat sehingga tidak praktikal untuk mengambil keterangannya menurut perjalanan biasa undang-undang, Hakim boleh mengambil deposisi orang tersebut dengan syarat notis yang munasabah mengikut hal-keadaan kes itu telah diberi kepada pendakwa dan orang yang dituduh mengenai maksud untuk mengambil keterangan itu dan mengenai masa dan tempat di mana Hakim itu bercadang untuk mengambilnya.

(2) Jika orang yang dituduh berada di dalam tahanan, Hakim boleh memerintahkan pegawai penguasa penjara menghantar orang yang dituduh itu ke tempat itu pada waktu yang telah ditetapkan dan pegawai tersebut hendaklah menghantarkannya seperti yang diperintahkan.

(3) Jika dibuktikan di dalam perbicaraan orang yang dituduh itu bahawa deponen yang disebutkan di bawah subseksyen (1) itu telah mati atau atas apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak dapat diperolehi, deposisi itu boleh dibaca sama ada bagi atau terhadap orang yang dituduh, tanpa mengambil kira ketidakhadirannya bila deposisi itu telah diambil, sekiranya deposisi itu diperakui di bawah tandatangan Hakim yang mengambilnya, dan tidak dibuktikan sebaliknya, bahawa deponen itu memang pada masa pemeriksaan itu sakit tenat sebagaimana yang telah disebut dan bahawa deposisi itu telah diambil dan masa yang diberitahu dan bahawa notis munasabah tentang maksud untuk mengambilnya telah diberikan kepada orang terhadap siapa keterangan itu dikemukakan supaya ia atau Peguam Syarienya mungkin boleh hadir dan mungkin boleh mendapat, jika memilih untuk hadir, peluang penuh untuk pemeriksaan balas.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.