ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 116. Memberi sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang pihak yang satu lagi itu telah diberi notis supaya mengemukakan, dan dokumen itu adalah dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya dikemukakan itu, maka pihak itu adalah terpaksa memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya itu menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu adalah berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.