ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERKAITAN DENGAN TESTIMONI SAKSI.



Seksyen 119. Menceritakan bahawa saksi adalah adil.

Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan hakim mempunyai alasan bagi mempercayai bahawa dia tidak adil, hakim hendaklah memerintahkan saksi tersebut diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Huraian-Jika ternyata kepada hakim bahawa seorang saksi yang telah memberi syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa bagi menentukan sama ada dia seorang yang adil atau sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.