ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 16. Perbuatan dilakukan dengan sucihati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga.


Tiadalah apa-apa jua, yang dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang yang berumur kurang daripada lima belas tahun atau yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaga orang itu, menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin menyebabkan, atau diniat oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkan, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kerosakan kepada orang itu; dengan syarat-


MISALAN

A dengan suci hati, untuk faedah anaknya, dengan tiada kerelaan anaknya telah mengadakan pembedahan atas anaknya oleh seorang doktor bedah untuk mengeluarkan batu penyakit, manakala mengetahui bahawa pembedahan itu mungkin menyebabkan kematian anaknya itu. A adalah termasuk dalam kecualian ini oleh kerana tujuannya ialah hendak menyembuhkan penyakit anaknya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.